Perkahwinan Anak Zina dan Hukumnya Menurut Mazhab Syafie



KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH
SEMESTER 4
TAJUK
PERKAHWINAN ANAK ZINA DAN HUKUMNYA MENURUT
MAZHAB SYAFI’E
SUBJEK
FIQH MUNAKAHAT (SYR 3073)
BLOGGER: httpsyakirshino.blogspot.com
DISEDIAKAN UNTUK
USTAZ SUHAIMI BIN ABU HASAN
DISEDIAKAN OLEH
MUHAMAD SYAKIR BIN ISMAIL(D1510046)
ISI KANDUNGAN
BIL.
TAJUK
MUKA SURAT
1.
Pendahuluan
1
2.
Pengertian Perkahwinan, Zina, Khalwat Dan Anak Zina
2
3.
Perbezaan Antara Zina Dengan Khalwat

3-4
4.
Objek Akad Nikah Yang Sabit Dengan Zina

5
5.
Hukum Anak Perempuan Hasil Zina (Anak Tidak Sah Taraf)
6
6.
Bernikah Dengan Anak Zina
7
7.
Definisi Nasab Anak Zina Dan Kepentingannya

8
8.
Pensabitan Nasab Anak Zina, Anak Pungut Dan Anak Yang Dilahirkan Hasil Daripada Wati’ Shubhah
9-10
9.
Hak Pusaka Anak Zina
11
10.
Kewarisan Anak Luar Nikah
11-12
11.
Beberapa Persoalan Berkenaan Anak Zina
13
12.
Zina Merosakkan Garis Keturunan
14-16
13.
Kesimpulan
17
14.
Rujukan
18



PENDAHULUAN
Keluarga merupakan sumber kekuatan masyarakat kerana masyarakat terdiri daripada unit-unit keluarga. Jika keluarga bahagia, ia akan membentuk masyarakat yang sejahtera. Sebaliknya jika keluarga porak peranda lambat-laun masyarakat akan binasa. Justeru itu, Allah SWT telah mensyariatkan perkahwinan sebagai penyelesaian kepada permasalahan tersebut.
Perkahwinan merupakan sesuatu tuntutan yang lumrah dalam kehidupan dan kejadian manusia yang telah ditetapkan oleh Allah (s.w.t). Allah (s.w.t) telah menjadikan fitrah manusia memerlukan ketenteraman jiwa dan menginginkan teman hidup serta zuriat keturunan. Ketenteraman jiwa lahir daripada perkahwinan yang bahagia. Justeru, perkahwinan mendapat perhatian yang besar dalam Islam. Perkahwinan merupakan satu-satunya saluran yang mutlak bagi membiakkan keturunan dan mengekalkan kelanjutan generasi manusia. Dengan perkahwinan jugalah manusia dapat mengatur kehidupan dan menjalinkan tali persaudaraan yang berdasarkan cinta, kasih sayang dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh yang demikian, memang wajar perkahwinan menjadi salah satu daripada perkara yang disyariatkan daripada perkara yang disyariatkan dalam islam.
Apa yang saya ingin bincangkan dalam tugasan ini adalah tentang perkahwinan anak tidak sah taraf(anak zina) iaitu anak yang dilahirkan atas persetubuhan haram(persetubuhan tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah). Dalam perbincangan yang berikutnya kami akan menceritakan lebih mendalam dan teliti tentang zina, hasil daripada zina, pernikahan anak zina, pewarisan anak zina, pensabitan nasab anak zina, anak pungut dan anak yang dilahirkan hasil daripada wati’ shubhah.





PENGERTIAN PERKAHWINAN, ZINA, KHALWAT DAN ANAK ZINA

PENGERTIAN PERKAHWINAN
Dari sudut bahasa perkataan nikah berasal daripada bahasa Arab yang bermakna himpun, kumpul dan cantum. Menurut syariah, nikah ialah satu akad untuk mengharuskan perhubungan (persetubuhan) antara lelaki dan perempuan menggunakan lafaz nikah, tazwij atau terjemahannya.[1]
PENGERTIAN ZINA
Zina bermaksud melakukan persetubuhan di antara lelaki dengan wanita yang bukan suami isteri, tidak kira sama ada dia bukan mahram atau mahram.
PENGERTIAN KHALWAT
Khalwat menurut takrif asalnya ialah bersendirian melakukan ibadah kepada Allah SWT sepertimana yang dilakukan Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda pergi ke Gua Hira’. Akan tetapi khalwat juga diertikan dengan bersedudukan di antara lelaki dengan wanitayang bukan muhrim tanpa pernikahan.
PENGERTIAN ANAK ZINA
Anak zina ialah anak yang dikandung hasil hubungan jenis tanpa nikah, tidak kira sama ada anak itu dilahirkan setelah kedua pasangan itu berkahwin atau anak itu lahir sebelum mereka berkahwin lagi.[2]




PERBEZAAN ANTARA ZINA DENGAN KHALWAT
Perbezaan di antara khalwat dan zina ialah zina ertinya melakukan persetubuhan tanpa nikah, tidak kira sama ada di tempat sunyi atau di khalayak ramai sementara khalwat mengikut takrif kedua ialah berdua-duaan di antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim tanpa nikah, walaupun tidak melakukan persetubuhan. Kedua-dua perbuatan itu adalah  maksiat dan berdosa besar, di akhirat tempatnya adalah di dalam neraka.
Tentang zina, Allah SWT telah berfirman:
ولا تغربوا الزنى انه,كان فحشة وساء سبيلا
Maksudnya: “Dan janganlah kamu hampiri zina, kerana sesungguhnya ia suatu perbuatan keji,dan suatu jalan yang buruk.”  (Surah al-Israk, ayat 32).
Tentang khalwat pula Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: “Siapa yang beriman dengan Allah SWT dan Hari Akhirat, jangan sekali-kali bersendirian dengan perempuan yang bukan muhrim, kerana orang yang ketiga(yang menggoda) ialah syaitan”.                        (Riwayat Imam Ahmad)
Menyentuh tentang perbuatan bercumbu-cumbuan, maka menurut takrif zina yang lebih luas, ia juga termasuk ke dalam istilah permulaan zina. Nabi SAW bersabda dalam persoalan ini, maksudnya: “Kedua mata itu berzina apabila melihat aurat wanita bukan muhrim, hidung itu dikira apabila ia mencium, kedua tangan dikira berzina apabila ia memegang dan seterusnya….(Riwayat Bukhari).




Hukum zina mata atau zina pancaindera yang lain tidak sama hukum zina dengan persetubuhan. Kerana zina melihat tidak dihukum sebat, tetapi ialah yang menjadi punca berlakunya zina persetubuhan.
Zina persetubuhan termasuk ke dalam bab jenayah dan di akhirat akan dihukum dengan hukuman berat. Zina mata akan dihukum jika belum bertaubat di dunia ini.
Apa yang penting ialah mengetahui bahawa zina dan khalwat itu perbuatan yang haram lagi berdosa. Ketahuilah Allah SWT  bukan sekadar melarang melakukan zina tetapi melarang juga melakukan perbuatan yang membawa kepada zina, seperti berkhalwat, mendedahkan aurat, dan bergurau senda dengan lelaki(jika perempuan). Itu semua termasuk dalam perrbuatan menghampiri zina.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-1 memutuskan bahawa anak zina atau anak luar nikah sama ada yang diikuti dengan perkahwinan kedua-dua pasangan ibu bapa ataupun tidak, hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah ataupun 99 nama Allah SWT seperti Abdul Rahman, Abdul Rahim, Abdul Hamid dan sebagainya.[3]









OBJEK AKAD NIKAH YANG SABIT DENGAN ZINA
HALANGAN ZINA
Fuqaha’ berselisih pendapat mengenai perkahwinan orang perempuan yang berzina. Jumhur fuqaha’ membolehkannya, sedang segolongan fuqaha’ melarangnya.
Silang pendapat ini disebabkan oleh adanya silang pendapat mereka tentang mafhum firman Allah:
والزانية لاينكحما الا زان او مشرك. وحرم ذلك على المؤمين
Dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki yang musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang Mu’min.
(Surah an-Nur, 24:3)
Apakah firman ini dikeluarkan sebagi celaan ataukah sebagai pengharaman (tahrim)? Dan apakah isim isyarat (kata penunjuk) dalam firman Allah:..dan yang demikian itu diharamkan atas orang orang-orang Mu’min”, kembali kepada zina atau pernikahan?
Dalam mengertikan firman Allah tersebut sebagai celaan, bukan sebagai pengharaman, jumhur fuqaha’ beralasan dengan sebuah hadits berikut ini:
ان رجلا قال للنبى صلى الله عليه وسلم فى زوجته.انها لا ترد يدلامس,فقال له النبى عليه
الصلاة والسلام طلقها فقال له انى احبها,فقال له: فامسكها
Maksudnya: Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW tentang isterinya, bahawa ia tidak pernah menolak orang yang menyentuhnya. Maka berkatalah Nabi SAW kepadanya, “Ceraikanlah ia.” Lalu berkatalah lelaki itu kepada Nabi SAW., “Sesungguhnya aku masih mencintainya.” Maka berkatalah  Nabi SAW kepadanya, “Maka peganglah dia”.
Segolongan fuqaha’ lagi berpendapat, bahawa berdasarkan aturan pokok tersebut, zina dapat menyebabkan fasakhnya perkahwinan. Pendapat ini dikemukakan oleh al-Hasan.[4]

HUKUM ANAK PEREMPUAN HASIL ZINA (ANAK TIDAK SAH TARAF)
Para ulama’ mengatakan bahawa anak perempuan yang terlahir hasil dari penzinaan bukan mahram bagi lelaki yang menggauli ibu dari anak tersebut. Dengan demikian maka tidak ada hak saling mewarisi satu sama lain, dan tidak boleh anak tersebut dinasabkan kepadanya serta tidak wajib baginya untuk memberikan nafkah, dan diharamkan baginya untuk berkhalwat dengan anak tersebut, serta tidak memiliki hak wali dalam pernikahannya. Hal tersebut disebabkan oleh zina sehingga anak tersebut tidak menjadi mahramnya, berbeza halnya dengan pernikahan, yang mana dapat menjadikan anak tersebut sebagai mahram dan dapat dilaksanakan hukum di atas  tadi.
Dan menurut pendapat yang benar dan kuat, bagi penzina diharamkan untuk menikahi anak hasil penzinaannya juga kerabatnya, begitupun juga haram untuk menikahi orang tua dan anak-anaknaya. Dan diharamkan juga bagi anak hasil zina untuk menikahi orang tua dan anak-anak dari ayah zinanya. Hal tersebut tidak berbeza baik penzina itu yakin atau tidak bahawa anak itu terlahir dari benihnya selama memang dia telah berzina dengan ibunya, dan kehamilannya terjadi ketika sudah berlangsung perzinaan sehingga muncul satu kemungkinan bahawa anak tersebut lahir dari benihnya.[5]





BERNIKAH DENGAN ANAK ZINA
Jika seorang lelaki berzina dengan seorang perempuan (iaitu bersetubuh tanpa nikah), lalu perempuan itu melahirkan anak, maka anak itu ialah anak zina.
Anak zina itu dihukumkan tidak berbapa. Dari itu ia sah berkahwin dengan lelaki yang membuat angkara itu(iaitu bapa  zinanya).
Walaupun anak zina itu dihukumkkan tidak  berbapa tetapi emak zina yang melahirkannya itu dihukumkan emak betulnya. Dari itu, jika anak zina itu lelaki, ia tidak sah berkahwin dengan emak zinanya itu.
Anak zina itu haram dinasabkan (di-bin-kan) kepada bapa zinanya itu kerana sebagaimana telah disebutkan tadi, bapa zina itu bukan bapanya, iaitu jika kanak-kanak itu bernama Saleh dan bapa zinanya bernama Tahir, tidak boleh anak itu dinamakan Saleh bin Tahir, tetapi hendaklah dinasabkan kepada emak zinanya. Dari itu jika emak zina itu namanya Dahliah, hendaklah anak itu dinamakan Saleh bin Dahliah. Ada ulama’ berpendapat bahawa jika nama yang seperti itu boleh menunjukkan bahawa seseorang itu anak zina dan sangat memalukannya atau menjadi mudharat besar kepada kedudukannya, maka bolehlah ia dinamakan Salleh bin Abdullah. Demikian juga jika anak zina itu perempuan, ia hendaklah dinasabkan kepada emak zinanya atau kepada Abdullah.
Jika seorang wanita sedang hamil (mengandung) dengan sebab zina, ia tidaklah  dihukum di dalam iddah hamil, kerana ia tidak bernikah, dari itu ia sah bernikah dengan lelaki yang berzina dengannya itu atau dengan lelaki lain.
Perlulah diingatkan di sini bahawa Hadits yang menyatakan anak zina tidak boleh  masuk Syurga itu maudhu’, iaitu bukan dari Nabi Muhammad SAW. Dari itu anak zina, sebagaimana anak-anak lain juga, jika ia beriman dan beribadat serta menjauhi maksiat, Inshaa Allah ia akan masuk Syurga juga.[6]


DEFINISI NASAB ANAK ZINA DAN KEPENTINGANNYA
Dalam skop yang agak terbatas dalam undang-undang keluarga Islam, nasab keturunan (lineage, genealogical relationship atau parentage) biasanya merujuk kepada biologi keturunan seorang kanak-kanak dengan bapanya. Walau bagaimanapun, kadang-kadang nasab keturunan juga boleh dirujukkan kepada keturunan seorang kanak-kanak dengan ibunya, khususnya kanak-kanak yang tidak sah taraf (illegitimate child/walad al-zina). Dalam skop yang lebih luas, kadang kala erti nasab keturunan digunakan sebagai hubungan seseorang dengan yang lain selain daripada hubungan anak dengan bapanya atau hubungan anak dengan ibunya, seperti seorang menuntut nasab bahawa seseorang itu ialah adik lelakinya. Dalam kertas kerja ini, nasab keturunan hendaklah difahami sebagai perhubungan teknikal antara anak dan kedua-dua ibu bapanya yang dihasilkan melalui perhubungan dalam atau ikatan perkahwinan.
Bahagian-bahagian Nasab
Nasab boleh dikatgorikan kepada tiga jenis, iaitu:
Pertama : nasab syar’i
Kedua : nasab tidak syar’i, dan
Ketiga : nasab yang berkemungkinan syar’i dan berkemungkinan tidak syar’i.
Nasab syar’i ialah suatu perhubungan darah antara seorang anak dengan ibu bapanya. Kedua-duanya terikat dengan perhubungan yang sah dari segi syarak. Justeru, anak hasil daripada perhubungan tersebut dianggap anak sah taraf (legitimate child).
Nasab yang tidak syar’i ia merupakan suatu perhubunagn darah yang wujud antara anak dengan ibu bapanya yang menyalahi kehendak syarak, sama ada di luar ikatan perkahwinan atau di dalam ikatan perkahwinan.
Menurut para sarjana dan penulis buku-buku fikah klasik, terdapat tiga kriteria yang menyebabkan seorang kanak-kanak itu tidak sah taraf, iaitu seperti berikut:
Kriteria yang ingin saya bincangkan ialah mengenai zina
Zina. Anak yang dihasilkan daripada perhubungan zina merupakan sebab terkuat yang menyebabkan seorang anak itu dianggap sebagai anak tidak sah taraf. Sama ada ia dilakukan oleh seorang wanita yang pernah mendirikan rumah tangga atau belum mendirikan rumah tangga, atau sedang dalam ikatan perkahwinan atau pun tidak, ia tetap mempunyai implikasi yang sama, bahawa anak hasil daripada perhubungan tersebut dianggap anak zina.[7]

PENSABITAN NASAB ANAK ZINA, ANAK PUNGUT DAN ANAK YANG DILAHIRKAN HASIL DARIPADA WATI’ SHUBHAH
Anak pungut ialah kanak-kanak yang tidak diketahui ibu bapanya. Khalifah Umar al-Khattab r.a, Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a serta Khalifah Ali bin Abi Talib r.a. menyifatkan ank pungut sebagai “anak yang merdeka” dan dianggap sebagai kanak-kanak Islam. Hak pemeliharaan dan pendidikan menjadi tanggungjawab orang yang memungutnya. Pemungut hendaklah seorang yang boleh dipercayai(al-amin) atau seorang yang tertutup segala keburukannya(mastur al-hal), seperti kata Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. yang bermaksud, “Semua orang Islam bersifat adil antara satu sama dengan yang lain.”
Hak nafkah kanak-kanak dan pemeliharaannya adalah di bawah tanggungan Baitul Mal. Sebagaimana yang telah diamalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, kanak-kanak diberi elaun bulanan sambil diberi nasihat dan pesanan yang baik-baik. Sekiranya orang yang memungutnya itu mengeluarkan nafkahnya tanpa mendapat perintah daripada Hakim(Sultan), maka perbuatannya dianggap sebagai sedekah sahaja.
Para fuqaha’ dan Khulafa’ al-Rasyidin pernah memberi pandangan mereka terhadap kes nasab anak-anak pungut. Umpamanya, sekiranya dua orang lelaki menuntut anak tersebut dalam satu masa, maka anak itu boleh dinasabkan kepada orang yang pertama mendakwa sebagai bapanya.



Berlainan pula jika seorang wanita mendakwa bahwa anak yang dilahirkannya dikongsi oleh dua orang lelaki atau lebih, yang mana masing-masing mempunyai bukti yang cukup dan mengatakan bahawa anak itu ialah anak mereka. Dalam kes ini Khalifah Umar r.a. dan Khalifah Ali r.a menghukumkan bahawa anak tersebut ialah anak mereka dan anak tersebut berhak untuk mendapat pusaka sepenuhnya daripada mereka berdasarkan prinsip “Tubuh badan kanak-kanak itu tidak boleh dibahagi-bahagikan berdasarkan kepada bilangan bapa-bapanya. Sekiranya anak pungut itu tidak diakui daripada sesiapa atau tiada sebarang bukti yang boleh menasabkan anak itu, maka Khalifah Ali r.a. dan Khalifah Umar r.a. menentukan masalah ini dengan cara melihat iras muka kanak-kanak itu. Ini bermakna sekiranya kanak-kanak itu menyamai muka seseorang lelaki, maka anak itu boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini telah disepakati oleh majoriti fuqaha Islam kecuali Imam Abu Hanifah.
Ini bermakna bahawa seorang kanak-kanak yang lahir hasil daripada persetubuhan beberapa orang lelaki, sekiranya dengan persetubuhan itu menyebabkan perempuan yang disetubuhinya itu melahirkan anak, maka tubuh badan anak itu tidak boleh dibahagi-bahagikan berdasarkan kepada bilangan bapa-bapanya, kerana prinsip asalnya ialah sebagaimana yang tersebut di atas.
Para imam mazhab yang empat bersepakat menyatakan status anak zina adalah sama seperti anak yang dilahirkan secara li’an yang tidak boleh mewarisi harta bapanya(penzina) dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, anak zina hendaklah dinasabkan kepada ibunya, kerana secara automatik dia boleh mewarisi harta pusaka ibuya. Ini berlainan dengan pendapat mazhab Ja’fari yang menyatakan bahawa anak zina tidak boleh mendapat harta pusaka sama ada daripada bapanya atau ibunya.[8]




HAK PUSAKA ANAK ZINA
Para ulama’ bersepakat, keturunan anak zina diandaikan kepada ibunya dan tidak diandaikan kepada bapanya.
Ini kerana hubungannya dengan bapanya tidak disahkan disebabkan syarak tidak menganggap zina sebagai satu cara perhungan yang sah di antara lelaki dan perempuan atau satu cara untuk mengesahkan keturunan. Atas alasan ini, tiada hubungan waris antara anak zina dan  bapa atau ahli keluarga bapanya.
Berkenaan ibunya, jumhur ulama’ bersetuju bahawa adanya hubungan waris antara anak zina dengan ibunya dan ahli keluarga ibunya.
Jika anak  zina ini mati, pusakanya akan diwarisi oleh ibunya dan ahli keluarga ibunya. Dia juga akan mewarisi pusaka ibunya dan pusaka ahli keluarga ibunya. Ini kerana hubungan anak zina dengan ibunya adalah sah tanpa sebarang keraguan.
Walaupun kelahirannya tidak melalui cara yang diterima syarak, hubungan keibuan tetap wujud di antara anak zina dan ibunya. Hubungan inilah yang membolehkan mereka saling mewarisi.[9]

KEWARISAN ANAK LUAR NIKAH
Bagaimana status kewarisan untuk anak luar nikah?
Status kewarisan anak luar nikah di negara kita telah diatur dalam KUHP atau Kitab Undang-Undang Hukum Perdata, yang menyebutkan:
“Anak di luar nikah tidak punya hak waris kecuali jika si anak sudah diakui sebagai anak oleh orang tuanya.”

Jadi, statusnya mirip anak angkat, tetapi tidak ada adopsi di dalamnya. Namun, biasanya pengaturan masalah hak waris di Indonesia ini juga bergantung pada agama (Islam, Kristian, Hindu, atau Buddha), warga negara asal (pribumi, asli Indonesia, keturunan Cina atau keturunan Arab), dan domisili (tempat tinggal). Sebagai informasi tambahan, dalam hukum agama Islam, anak luar nikah tidak berhak mendapat warisan dari orang tuanya. Akan tetapi, sebagai jalan keluar, orang tua biologis dapat saja memberikan hibah berupa harta kekayaan sejumlah tertentu yang ditetapkan di dalam surat wasiatnya kepada si anak luar nikah tadi. Namun, tentu saja adanya surat wasiat dan hibah kepada anak luar nikah tadi tidak menghapus hak waris dari ahli waris utama, iaitu jandanya, orang tua kandung, dan anak-anak hasil perkahwinan yang sah.
Bila anak itu terpaksa disahkan pun tidak ada akibat hukumnya (pasal 288 KUHPerdata). Kedudukan anak itu menyedihkan. Namun, pada praktiknya dijumpai hal-hal yang meringankan, karena biasanya hakikat zina dan sumbang itu hanya diketahui oleh pelaku zina itu sendiri. Maksudnya, terkadang ada pihak-pihak yang malu untuk mengakui bahawa anak yang dilahirkan adalah anak hasil zina sehingga mereka mengatakan bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah.
Status sebagai anak yang dilahirkan di luar perkahwinan merupakan suatu masalah bagi sang anak, mereka tidak bisa mendapatkan hak-hak dan kedudukan sebagi anak seperti yang didapatkan oleh anak sah. Secara hukum mereka hanya memiliki hubungan perdata dengan ibunya dan keluarga ibunya. Anak luar nikah tidak akan memperoleh hak yang menjadi kewajipan ayahnya kerana ketidaksahan pada anak luar nikah tersebut.
Status sebagai anak yang dilahirkan di luar perkahwinan merupakan satu masalah bagi sang anak, mereka tidak boleh mendapatkan hak-hak dan kedudukan sebagai anak seperti yang diperolehi oleh anak yang sah. Secara hukum, mereka hanya memiliki hubungan perdata dengan ibunya dan keluarga ibunya. Anak luar nikah tidak akan memperolehi hak yang menjadi kewajipan ayahnya kerana ketidaksahan pada anak luar nikah tersebut. Lelaki yang sebenarnya  menjadi ayah kepada si anak tidak memiliki kewajiban memberikan hak anak tidak sah. Anak itu juga tidak boleh menunutut ayahnya untuk memenuhi kewajipannya yang dipandang menjadi hak anak bila statusnya sebagai anak tidak sah. Hak anak dari kewajipan ayahnya itu biasanya bersifat material.[10]
BEBERAPA PERSOALAN BERKENAAN ANAK ZINA
ADAKAH ANAK ZINA AKAN MEWARISI SIKAP IBUNYA SELAMA TUJUH KETURUNAN?
Pendapat tersebut sama sekali tidak benar. Dalam kitab Qurrah al-Ain, Syeikh Ismail Uthman Zain berfatwa bahwa riwayat yang mengatakan bahawa anak zina akan mewarisi sikap atau perbuatan ibunya selama tujuh keturunan, adalah hadis maudhu’.
Jika difikirkan secara logik, apakah salah anak itu? Mengapakah dia pula yang terpaksa menanggung kesalahan dan dosa ibunya? Oleh itu, janganlah menghukum anak yang tidak berdosa itu.
BOLEHKAH ANAK ZINA DAN KETURUNANNYA MENJADI WALI?
Boleh, dia boleh menjadi wali kepada anak cucunya. Yang berbeza hanyalah pandangan masyarakat sahaja yang mungkin memandang sinis terhadap mereka. Namun, dari segi hukum, mereka tidak ada perbezaan dengan orang lain.
ADAKAH SAH BAGI SEORANG AYAH MENJADI WALI KEPADA ANAK  ZINANYA SEKIRANYA TEMPOH MENGANDUNG ANAK ITU KURANG DARIPADA ENAM BULAN?
Berikut dikemukakan beberapa pendapat:
Dalam mazhab Syafie, anak yang dikandungkan melalui zina, tidak boleh dibinkan kepada ayah kepada anak zina tersebut. Ia adalah kerana hasil daripada perbuatan haram. Jika ia dibinkan kepada ayahnya, perbuatan zina yang dilakukan itu seolah-olah dihalalkan oleh ayahnya.
Ulama Syafi’iyyah hampir sepakat mengatakan bahawa anak yang lahir itu harus dibinkan kepada ibunya.leh ya ng demikian, seorang ayah tidak dibolehkan menjadi wali kepada anak zinanya.
Ada pendapat daripada ulama’ Hanafiyyah yang mengatakan bahwa jika berlaku zina dan perempuan itu hamil, jika dia dinikahi oleh lelaki berkenaan sebelum kandungannya berusia enam bulan, ia boleh dibinkan dengan lelaki berkenaan.[11]

ZINA MEROSAKKAN GARIS KETURUNAN
Dengan disyariatkannya hadd zina oleh Islam, dan perhatiannya yang penuh terhadap pelaksanaannya. Ditambah lagi, pelaksanaannya yang diharuskan di depan orang ramai, dan turunnya beberapa ayat sehubungan dengan kekejiannya, perlunya menjauhinya, kemudian mengharamkan segala sesuatu yang menjerumuskan ke dalamnya, seperti percampuran(ikhtilat) lelaki dengan perempuan di satu tempat, tari-tarian dan lain sebagainya, kemudian menyatakannya sebagai salah satu perbuatan yang paling keji di antara seluruh kejahatan, mensejajarkannya dengan kemusyrikan, menganggapnya sebagai pembunuhan terhadap anak secara tidak langsung, pengundang kemarahan Allah, penyebab kekal di neraka, penyebab malu diri dan keluarga, seburuk-buruk jalan, tambahan lagi, pernyataan Nabi Muhammad SAW, bahawa iman telah tanggal dari hati seorang penzina sebagaimana tanggalnya baju dari badan seseorang, dan disyariatkannya hukum rejam bagi seorang penzina yang muhsan, sebagaimana hukuman yang paling buruk di antara semua bentuk hukuman, ini semua tidak lain tujuannya adalah untuk menjaga kehormatan diri dan memelihara kemurnian keturunan. Kerana hanya dengannya (kehormatan) kebaagiaan dan keharmonisan keluarga dapat terjaga, melahirkan keturunan yang soleh, mulia dan kuat. Sebaliknya, keluarga yang berantakan tidak akan melahirkan generasi yang berjaya dan mulia.
Masyarakat yang diwarnai dengan perzinaan, sangat cepat terjangkit krisis harta dan peradaban. Kejahatan moral akan menyebar, jauh dari persaudaraan yang harmonis, sehingga tidak ada tolong-menolong di antara sesama insan, tidak ada kasih sayang, tidak perlu saling mengenal, dan sebagainya.


Keadaan masyarakat seperti telah disinyalir oleh Rasulullah SAW, seraya bersabda:
لاتزال امتى بخير ما لم يعش فيهم ولد الزنا، فاذا فشا فيهم ولد الزنا او شك ان يعمهم الله بعقابه
Umatku akan sentiasa dalam keadaan baik dan bahagia, selam belum lahir di antara mereka anak hasil zina. Bila anak zina telah menyebar, besar kemungkinan azab Allah akan menimpa mereka.”
Maka zina adalah salah satu perosak sendi umat dan meruntuhkan kemegahannya, membuatnya menjadi umat yang hina, sebab ia merosakkan garis keturunan yang tertata rapi dan kukuh. Zina membunuh ghairah dan semangat, melumpuhkan jiwa yang gagah dan berani. Zina dapat memutuskan hubungan silaturrahim, merosakkan hubungan kerabat, antara anak dengan ayahnya dan di antara seluruh keluarganya yang lain. Oleh kerana perlunya keturunan yang murni, Nabi SAW pernah bersabda:
ولدت من نكاح ولم اولد من سفاح
Aku lahir dari pernikahan (yang sah), bukan dari hasil perbuatan keji.”
Anak zina tidak memiliki jiwa kesatria bagi bangsa dan keluarga. Al-Khansa pernah bernasihat kepada empat orang anaknya, sembari membakar semangat mereka untuk turut berperang dalam peperangan al-Qadisiyah, seraya berkata: “Wahai anak-anakku, sesungguhnya kamu masuk Islam dengan suka rela, dan berhijrah bukan kerana terpaksa. Demi yang tidak ada Tuhan kecuali Dia,kamu adalah anak dari satu orang lelaki, anak dari satu orang perempuan. Aku tidak pernah mengkhianati ayah kamu, dan tidak pernah membuat malu bapa saudara kamu. Aku tidak pernah menodai kemuliaan keturunan kamu. Dan aku tidak pernah merosakkan garis keturunan kamu.”
Demikianlah, pernyataan Khansa itu memiliki peranan dan pengaruh besar dalam (menggugat semangat) peperangan. Bahawa sesungguhnya mereka (anak-anaknya), lahir dari perut yang suci, dari asal keturunan yang suci, dari suku yang bersih, dari dua ibu-bapa yang murni tanpa noda.[12]

















 KESIMPULAN
Untuk menyimpulkan tajuk yang dibincangkan ini, saya ingin berkongsi beberapa prosedur anak luar nikah yang telah disebutkan oleh Mohd. Zaidi Mohd. Zain iaitu Perunding Keluarga Islam dan juga merupakan seorang Peguam Syar’ie. Kata beliau dalam menjawab soalan yang dilontarkan oleh seorang wanita berkenaan prosedur anak zina, katanya:
“Saya berpendapat bahawa, terlalu kasar kita menyebut panggilan ataupun gelaran “anak luar nikah” kepada anak-anak yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Lebih-lebih lagi apabila kita bercakap dalam suasana orang yang ramai dan anak tersebut ada bersama dalam majlis itu.”
“Tentu sekali dia akan merasakan dirinya terhina dan malu kerana tidak mempunyai keturunan nasab bapa yang sah dan akhirnya, menimbulkan rasa yang tidak selesa untuk bergaul dalam masyarakat.”
“Sedangkan anak tersebut tidak berdosa dan tarafnya si sisi Allah SWT adalah sama sahaja dengan anak-anak lain yang dilahirkan secara perkahwinan yang sah. Oleh yang demikian, masyarakat hendaklah mengubah tanggapan negative mereka kepada anak ini dan tidak membuat sesuatu tindakan yang menyebabkan anak tersebut tersisih dan terhina.”
“Untuk menjaga maruah mereka, saya mencadangkan supaya sebutan “anak luar nikah” itu ditukar kepada “anak tidak sabit nasab” agar bahasanya tidak terlalu kasar dan tidak memberikan salah tafsir kepada masyarakat tentang kedudukan anak tersebut dan ibunya.”






RUJUKAN
1.      AL-QURAN AL-KARIM
2.      Q & A BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI, MUHADIR HAJI JOLL, PSN PUBLICATIONS SDN. BHD.,CETAKAN PERTAMA: OGOS 2012.
3.      600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA, USTAZ ISMAIL KAMUS, KARYA BISTARI SDN. BHD., CETAKAN KEEMPAT 1997.
4.      BAHAGIANYA MENJADI GADIS PILIHAN, DR. NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH, Ph.D, PTS MILLENNIA SDN BHD, TERBITAN 2013.
5.      TARJAMAH BIDAYATUL MUJTAHID, IBNU RUSYD, CV. ASY SYIFA’, CETAKAN PERTAMA 1990.
6.      SOLUSI CERDAS MENGHADAPI KASUS KELUARGA, NM. WAHYU KUNCORO, S.H., RAIH ASA SUKSES,CETAKAN 2003.
7.      HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM, USTAZ HAJI MUHD TAHA SUHAIMI, PERSATUAN ISLAM DAN PENCAK SILAT SINGAPURA, CETAKAN KEEMPAT 1988.
8.      FIQH 4 MAZHAB, SYAIKH ABDUL RAHMAN AL-JAZAIRI, PERNIAGAAN JAHABERSA, CETAKAN KEEMPAT 2013.
9.      FIKAH KEKELUARGAAN, MOHAMAD SOM BIN SUJIMON, IIUM PRESS, CETAKAN KETIGA 2009.
10.  FIQH 3 SERANGKAI, DR. MOHD SABRI ABDUL GHAFAR, ARAS MEGA(M) SDN. BHD., CETAKAN PERTAMA 2016.
11.  PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM FIQH SYAFI’I, DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, DITERBITKAN OLEH IBFIM, CETAKAN PERTAMA 2011.




[1] FIQH 3 SERANGKAI, DR. MOHD SABRI ABDUL GHAFAR, M/S 115
[2] 600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA, MS 107
[3] BAHAGIANYA MENJADI GADIS PILIHAN, DR. NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH,Ph.D, M/S 116
[4] TARJAMAH BIDAYATUL MUJTAHID, IBNU RUSYD, M/S 432-433
[5] FIQH 4 MAZHAB, SYAIKH ABDUL RAHMAN AL-JAZAIRI, M/S 615
[6] HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM, USTAZ HAJI MUHD TAHA SUHAIMI, M/S 27
[7] FIKAH KEKELUARGAAN, MOHAMAD SOM BIN SUJIMON, M/S 212-213
[8] FIKAH KEKELUARGAAN, MOHAMAD SOM BIN SUJIMON, M/S 260-262
[9] PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM FIQH SYAFI’I, DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, M/S 117
[10] SOLUSI CERDAS MENGHADAPI KASUS KELUARGA, NM. WAHYU KUNCORO, M/S 213-214
[11] Q & A BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI, MUHADIR HAJI JOLL, M/S 332,333,& 336.
[12] FIQH 4 MAZHAB, SYAIKH ABDUL RAHMAN AL-JAZAIRI, M/S 535.

Comments